Tilapia major clinical signs (Malay version)

Tujuan poster ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pengusaha ternakan di peringkat pengeluaran benih, asuhan dan pembesaran untuk mengenali dan melaporkan penyakit tilapia. Pencegahan, pengenalan, diagnosis dan intervensi pada peringkat awal adalah langkah terbaik untuk menguruskan penyakit haiwan akuatik. Jika anda melihat tanda-tanda klinikal, tingkah laku yang tidak normal dan jumlah kematian yang luar biasa, hubungi bahagian biosekuriti perikanan setempat untuk melaporkan dan meminta bantuan.